Wilayah Undang Naning

  • Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Galeri
  • Pencarian Ahli
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Galeri
  • Pencarian Ahli

PENGENALAN

DATO' ABDUL LATIF BIN HJ HASHIM (UNDANG NANING KE - 19 )
YANG DIHORMATI YANG AMAT MULIA ORANG KAYA SERI RAJA ME' RAH DATO' UNDANG WILAYAH NANING KE -19 

  • Beliau adalah pesara polis.
  • Beliau dilantik menjadi Yang Amat Mulia pada 4 Ogos 2004.
  • Lalu setelah Dato' Undang Naning Ke - 18 Dato' Mohd Shah Mohd Said mangkat pada 14 Jun 2004.
  • Sehingga kini, Dato' Abdul Latif Bin Hj Hashim kek​al Naning Ke - 19.

Beliau mempunyai seorang isteri yang bernama (Toh Puan) Norshazizan binti Dato' Seri Idris dan beliau mempunyai cahaya mata  dua putra dan dua putri.

  • Beliau adalah cukup syarat untuk menjadi seorang Dato' Undang Naning.
  • Beliau juga adalah dari suku Semelenggang Naning, ia itu Raja Ditabuh Permaisuri di Naning yang telah direstui oleh Ibu Sokoh dan dipersetujui oleh Lembaga Adat,
  • Barulah upacara Bekojan di buat di masjid Taboh Naning dengan penuh istiadat oleh Lembaga Adat.
  • Beliau di lantik Dato' Naning ke-19 dan di sahkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Malaysia.

IBU SOKO
Hajah Rahmah binti Kering dia adalah perut yang pertama & ibu soko inilah layak melantik Yang Amat Mulia Dato' Abdul Latif Bin Hashim.

  • Tarikh - tarikh penting Yang Amat Mulia Dato' Abdul Latif:
  • 4 Ogos 2004 - Perlantikan Sebagai Dato' Undang Naning Yang Ke-19
  • 10 Julai 2004 - Hari Kemasyhuran
  • 24 Nov 2006 - Hari Bekerjan
  • 21 Mei 1959 - Hari Kelahiran Y.A.M

12 September 2014:
 Yang Amat Mulia Dato’ Abdul Latif Bin Hashim Solat Jumaat Bersama Yang Dipertuan Agong Malaysia AL-Sultan Almu’ Tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Ar-Marhum Sultan Badlisshah.

Bekerjan naik atas bukit penyalang, mesti dimandikan diperigi gaong, ​beliau tidak boleh menjejakan kaki sebelum sembahyang sunat di masjid Taboh Naning.

Wilayah Undang Naning